Halaman

Khamis, 14 April 2011

PERMATA RASULULLAH SAW

Daripada Jabir RA daripada Rasulullah SAW telah berkata:

لِكُلِّ دَاءٍ دَوَاءٌ, فَاِذَا أُصِيْبَ دَوَاءُ الدَّاءِ بَرأَ بِاِذْنِ الله عَزَّ وَجَلَّ  
رواه أحمد ومسلم
Bermaksud:

“Setiap penyakit ada ubatnya, apabila ubat tepat dengan penyakit maka ia akan sembuh dengan izin Allah.”

Kesimpulan daripada Hadis yang mulia ini ialah:

(1) Perawat mesti memiliki kecekapan diognas untuk mendapat syarat kesembuhan

(2) Perawat juga mesti memiliki ilmu tentang ubatan samaada berbentuk teknik rawatan ataupun pemakanan. Dengan erti kata yang lain 'ketepatan ubat yang diberi'

(3) Setelah kedua di atas ada pada perawat maka pesakit mesti punya keyakinan pada perawat, ubatan yang diberikan dan yang paling penting ialah sangka baiknya pada Allah yang Maha Berkuasa yang dengan izinNya dan rahmatNya kesembuhan akan menjelma

Tiada ulasan:

Catat Ulasan