Halaman

Selasa, 19 April 2011

BERBEKAM UNTUK KESIHATAN

MUKJIZAT PERUBATAN NABI SAW

Apabila ada arahan daripada malaikat supaya berbekam, Nabi Muhammad SAW juga mengamalkan ‘bekam’ serta menyuruh umatnya berbuat demikian, ini membuktikan kepada orang-orang yang beriman bahawa ada hikmah, kehebatan dan rahsia di sebalik perkara tersebut. Pada zaman dahulu tiada data klinikal untuk membuat sesuatu keputusan atau resolusi tentang sesuatu penyakit atau keberkesanan ubat yang di makan. Namun dengan mengamalkan suruhan Rasulullah SAW, banyak penyakit dapat di sembuhkan ketika itu. Diantara perubatan baginda SAW ketika itu ialah berbekam, ruqyah dan dengan unsur-unsur alam yang lain.

  PANDANGAN FISIOLOGI

Darah yang tidak berfungsi berada di bawah kulit yang dipanggil ‘darah kotor’ atau ‘toksid’. Toksid adalah endapan racun (zat kimia sintetik) yang tidak boleh di tapis oleh tubuh dan ia boleh dikatakan ada pada setiap tubuh manusia. Ia berpunca daripada pencemaran air dan udara, zat pewarna dalam makanan, perisa makanan, pengawet, penaik makanan, sayuran yang di sembur racun, binatang ternakan yang dicucuk, gaya hidup yang kurang sihat seperti merokok, menagih dadah dan mengamal ubat-ubatan kimia (sintetik) yang mengandungi dadah. Ini bermakna semua manusia dizaman ini terdedah dengan fenomena tersebut. Maka setiap manusia mesti menjaga kesihatan mereka sama ada mereka yang berpanyakit atau yang masih belum sakit secara rutin. Perawatan bekam adalah salah satu cara paling baik samada untuk perawatan (curative) atau pencegahan (preventive)

Setelah di buat kajian, apabila di lakukan pembekaman pada  titik  tertentu, diatas kulit, bawah kulit, fascia dan ototnya akan berlaku kerosakan dari ‘mast cell’ dan lain-lain tempat. Akibat kerosakan ini, otak akan bereaksi dengan di lepaskan beberapa zat seperti serotonin, histamine, bradikinin, slow reacting substance (src) dan zat-zat yang lain yang tidak diketahui. Zat-zat ini akan menyebabkan berlakunya pembaikpulihan pada tempat yang dibekam dan jaringannya. 

Inilah sedikit daripada keajaiban bekam. Nampak remeh temeh namun ianya sangat bermakna dalam kehidupan terutama mereka yang sakit. Nampak hanya bekam di luar kulit, namun kesannya sampai ke organ dalaman dan meransangnya. Apatah lagi kesannya sampai ke hati nurani insan yang mengamalkan perubatan ini apabila disertai dengan roh tauhid dan keimanan yang utah pada Allah yang mencipta.. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan