Halaman

Isnin, 18 Julai 2011

BEKAM – MUKJIZAT PENGUBATAN NABI SAW

Rasulullah Shallallahu ‘alayhi wa Salam bersabda :

الشِّفَاءُ فِيْ ثَلاَثَةٍ: شَرْبَةِ عَسَلٍ وَشَرْطَةِ مِحْجَمٍ وَكَيَّةِ نَارٍ وَإِنِّيْ أَنْهَى أُمَّتِيْ عَنْ الْكَيِّ
 “Kesembuhan itu berada pada tiga hal, iaitu minum madu, torehan pisau bekam dan sepuhan dengan api (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku (berubat) dengan kay.” (HR Bukhari)

Rasulullah Shallallahu ‘alayhi wa Salam bersabda :

إِنَّ أَمْثَلَ مَا تَدَاوَيْتُمْ بِهِ الْحِجَامَةُ وَالْفَصْدُ
“Sesungguhnya kaedah pengubatan yang paling ideal bagi kalian adalah hijamah (bekam) dan fashdu (venesection).” (HR Bukhari – Muslim)

Beberapa hal yang perlu diketahui di dalam proses berbekam

1. Gelas yang digunakan  disteril dan hygiene sebelum memulakan bekam pada pesakit lain (terutama bekam basah)
2. Untuk pesakit yang belum pernah dibekam sebelumnya, di syorkan berbekam dengan teknik cucukan jarum
3. Posisi bekam boleh dilakukan dengan duduk atau berbaring meniarap. Posisi duduk lebih baik untuk peredaran darah, namun bagi pasien yang lemah dianjurkan dengan posisi berbaring.
4. Untuk pesakit yang baru pertama kali dibekam, jangan risau tentang sakit, takut  dan sebagainya kerana keadaannya bukan seperti yang dibayangkan.
5. Setelah bekam selesai, dinasihatkan agar pesakit berehat dengan secukupnya. Sesetengah pesakit segera merasa segar badannya setelah berbekam pada bahagian tertentu di badan, sehingga dia tidak mahu beristirehat sebagaimana mestinya, Hal ini akan menyebabkan kembalinya penyakit .
6. Sesetengah orang merasakan suhu badannya naik setelah berbekam, hal ini adalah normal dan akan hilang secara perlahan-lahan .
7. Pesakit yang menderita sakit berpanjangan atau ada jangkitan perlu memberitahu kepada perawat tentang penyakitnya untuk persediaan awal.
8. Bagi penderita penyakit berjangkit, mesti menggunakan gelas bekamnya tersendiri (single use) dan jurubekam perlu lebih berhati-hati.
9. Pesakit yang mempunyai tekanan darah rendah mesti memaklumkan pada perawat dan bekam dilakukan dengan lebih berhati-hati. Tahap sedarnya sentiasa diperhatikan agar tidak pengsan.
10. Permukaan kulit yang timbul blister/tompokan cecair kecil, tompokan, noda darah dan darah stasik adalah reaksi normal setelah dibekam.
11. Untuk berbekam seeloknya jangan makan makanan yang berat 2-3 jam sebelum berbekam  dan selepas berbekam 1-2 jam. Ini untuk lebih melancarkan lagi sistem penyembuhan dibadan.
12. Jangan mandi selepas berbekam lebih kurang 4-5 jam untuk membolehkan luka berbekam sembuh terlebih dahulu dan mengelakkan berlaku jangkitan di tempat bekam.

Diagnosis Penyakit Dengan Bekam

Diagnosis bekam/cupping dapat dilihat dari warna pigmen kulit setelah pembekaman. Di dalam buku “Canon of Internal Medicine” dikatakan, “Kondisi organ internal (dalaman) dapat diketahui dengan cara mengobservasi (mengamati) gejala-gejala eksternal (luaran) dan tanda-tanda fizikal, sehingga penyakitnya dapat didiagnosis.”

Reaksi pigmen pada kulit bekas bekam adalah seperti berikut :
1. Bekas bekam yang muncul berwarna ungu kegelapan atau hitam secaraq umumnya menunjukkan situasi defisiensi (kekurangan) bekalan darah dan channel/saluran (pembuluh) darah yang tidak lancar yang disertai dengan keadaan darah statik (darah beku).
2. Bekas bekam yang muncul berwarna ungu disertai plaque (kristal), pada umumnya hal ini menandakan terjadinya gangguan/ kelainan gumpalan darah dan adanya darah statik (darah beku).
3. Bekas bekam yang muncul berbentuk bintik-bintik ungu yang tersebar dengan tingkatan warna yang berbeza-beza (ada yang tua dan ada yang ungu muda). Hal ini menandakan kelainan “Qi” /tenaga dan darah statik.
4. Bekas bekam yang muncul berwarna merah cerah, biasanya hal ini menunjukkan terjadinya defisiensi “Yin” - defisiensi “Qi” dan darah atau rasa panas yang dahsyat yang diinduksi oleh defisiensi “Yin”.
5. Bekas bekam yang muncul berwarna merah gelap, hal ini mengindikasikan kondisi lemak di dalam darah yang tinggi disertai dengan adanya panas patogen.
6. Bekas bekam yang muncul berwarna agak pucat/putih dan tidak hangat ketika disentuh, hal ini mengindikasikan terjadinya defisiensi cold (dingin) dan adanya gas patogen.
7. Adanya garis-garis pecah/ruam pada permukaan bekas bekam dan rasa sedikit gatal, hal ini mengindikasikan kondisi adanya wind (lembab) patogen dan gangguan gas patogen.
8. Munculnya wap air pada dinding sebelah dalam gelas bekam, menandakan kondisi adanya gas-gas patogen pada daerah tersebut.
9. Adanya blister (lepuhan/lecat) pada bekas bekam, menggambarkan kondisi gangguan gas yang parah pada tubuh. Adanya darah tipis pada blister merupakan reaksi gas panas toksin.

Dari Abu Hurairah RA, ia berkata, Rasulullah SAW bersabda (maksudnya) :

“ Sesiapa yang berbekam pada 17, 19 dan 21 haribulan (Hijriah) maka itu adalah hari yang menyembuhkan segala macam penyakit ”
(Shahih Sunan Abi Dawud - II/372)

Hubungi Us Abd Hadi untuk temujanji BEKAM di no 019-6627374 

Wallahu a'lam.
"Ke Arah Merealisasikan Thibbun Nabawi"

Selasa, 12 Julai 2011

HADIS YANG KE-6 DARIPADA KITAB HADIS 40 IMAM NAWAWI

Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer R.A beliau berkata: Aku telah mendengar 
Rasulullah SAW bersabda: 


Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkaraperkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati. 

Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim. 

PENGAJARAN HADIS : 


1) Perkara Halal dan Haram adalah jelas : 


Yang Halal ialah sesuatu yang telah dinaskan seperti kahwin, makan benda-benda yang baik dll. Manakala yang haram seperti minum arak, babi, judi, zina dan riba dll. Seseorang mukmin mestilah cuba mengenali dan mempelajari perkara halal dan haram  seterusnya 
melakukan yang halal dan meninggalkan yang haram demi menjaga kemuliaan agamanya. 

2) Perkara-perkara Syubhat : 

Perkara yang kesamaran, yang belum jelas halal haramnya dan ia adalah perkara syubhat yang mesti dijauhi demi menjaga maruah diri dan keheningan agama. Dengan ertikata yang lain, syubhat ialah yang tidak ada nas padanya. Ianya berlaku dalam  ibadah, muamalat dan kehidupan seharian kita.  

3) Bila berhadapan dengan syubhat : 

Tinggalkan perkara tersebut untuk mengelakkan dosa dan mendapat redha Allah. Jika berlaku syubhat pada pandangan orang tapi tidak pada kita, ia mesti dijelaskan supaya hilang syubhat tersebut. Meninggalkan syubhat adalah ciri sifat wara’ dan tanda kesempurnaan iman. 

4) Sempadan murka Allah :

Sempadan murka dan redha Allah SWT ialah perkara haram. Sesiapa yang melewati garisan dan terjebak melakukan perkara haram, maka dia telah melewati sempadan kemurkaan Allah. Sekiranya Allah murka akan rosaklah kehidupannya dunia akhirat 

5) Peranan Hati : 

Banyak ayat ditujukan pada hati (hadis -  aqal terletak dihati). Hati yang berpenyakit maka jihadnya ialah dengan mengikut petunjuk Allah. Hati adalah raja segala anggota yang mesti dipastikan keelokannya dan kebersihannya. Justeru kerosakan dan kemusnahannya akan merosakkan dan memusnahkan seluruhan anggota badan yang lain. Penyakit fizikal manusia juga adalah berpunca daripada hati. Bermula daripada kerosakan hati itulah merebak hingga merosakkan jasad seluruhnya disebabkan oleh penyakit-penyakit yang diketahui ataupun tidak. Bagi perawat sebelum merawat penyakit fizikal maka ubatilah hati terlebih dahulu untuk mendapat kesembuhan yang haqiqi