APAKAH SISTEM IMUNITI ITU ?
Sistem imuniti adalah suatu organisasi kompleks yang merangkumi sel darah putih, tulang sum-sum, anti bodi dan kelenjar timus. Semua sel darah putih dalam saluran darah adalah sel imun yang dikenal sebagai leukocytes. Terdapat beberapa jenis sel putih. Sel-sel yang terkait dalam system imuniti ialah sel T, dan B yang dikenal sebagai lymphocytes.
Sekiranya keimunan anda kuat, anda tidak akan mudah jatuh sakit, anda jarang terjangkit dan terserang penyakit. System imuniti mengenali secara pasti serta memusnahkan berjuta-juta mikro yang berjangkit memasuki tubuh setiap hari. Ia juga membantu mencegah atau merencatkan jangkitan-jangkitan lain.
Menurut kepahaman saya dalam bidang perawatan herba, penyebab utama penyakit bukanlah karena bacteria, virus, kulat, parasit, atau patogen-patogen lainnya. Sebab utama penyakit ialah system imuniti seseorang yang semakin merosot. Kita telah mengetahui bahwa kuman senantiasa berada di sekeliling kita, dalam satu masa kita sehat dan dalam masa yang lain kita sakit. Kita menjadi sehat apabila system imuniti yang berada di dalam tubuh berjaya mempertahankan serangan patogen.
Inilah konsep yang dipegang oleh perubatan tradisional.
”Improve and maintain body immune system
against external pathogen and pressure”.
“Prevention is better than cure”
“Meningkatkan, memperbaiki dan mengekalkan sistem pertahanan tubuh
dari serangan kuman eksternal serta tekanan lingkungan sekitar”.
“Mencegah penyakit itu lebih baik dari mengobati”.
Kita mempunyai keyakinan besar bahwa tubuh mempunyai kemampuan yang besar untuk sembuh sendiri jika dibekalkan dengan sumber alamiah yang betul.
Tubuh manusia berfungsi paling baik pada suhu kira-kira
C. Sembarang perubahan yang besar pada suhu ini akan merusakkan tubuh atau akan mengurangi kemampuan system imunitinya. Fungsi herba adalah untuk menstabilkan tubuh pada suhu ini agar system imuniti berfungsi sepenuhnya. Oleh sebab itu, herba diklasifikasikan dalam dua unsur yaitu unsur sejuk unsur panas.

HERBA SEJUK
Herba sejuk menolong mengaktifkan mekanisme penyejukkan di dalam tubuh yang berada di otak manusia. Di samping herba itu, herba tersebut juga akan mengembangkan seluruh darah di bawah kulit. Kelenjar-kelenjar peluh dirangsangkan untuk mengeluarkan peluh ke permukaan kulit dan suhu tubuh dapat distabilkan.
Herba ini diberikan kepada pesakit yang mengalami masalah suhu tubuh yang tinggi, seperti demam panas, sawan tarik, darah tinggi, pening, kanker, migraine dan lain-lain lagi.
Kebanyakan herba-herba panas mempunyai sifat diuretic (melawaskan pembuangan air kencing) dan setiap herba diuretic adalah adalah anti hypertension (hipertensi).
Para herbalis percaya bahwa kepanasan tubuh dikeluarkan melalui urine dan peluh/keringat. Contoh-contoh herba panas, misalnya akar lalang, ekor kucing, bayam buluh dan lain-lain lagi. Jika dilihat secara mikroskopik tumbuhan-tumbuhan ini sebahagiannya mempunyai urat daun selari, berduri, mempunyai rasa manis pada air rebusannya.
Makanan laut yang sejuk, contohnya seperti remis, ketam, tiram, dan sotong, akan memberi kesan negatif terhadap kemampuan sex jika terlalu kerap pengambilannya. Sebaliknya udang kecil termasuk kategori panas dan mudah menaikkan syahwat lelaki.
HERBA PANAS
Sebagian jenis herba akan menghasilkan haba panas apabila ia diambil. Herba ini akan bertindak merangsang tenaga tubuh dengan cara mengekalkan dan memulihkan haba tubuh. Kebanyakan penyakit terjadi apabila tubuh kekurangan metabolisme (haba semulajadi), contoh penyakitnya, seperti masalah angin, ketidakseimbangan hormon, meroyan dan lain-lain lagi.
Herba-herba yang memberikan kesan panas, contohnya adalah pokok Halban, pokok Lemuni, Mengkudu, dan lain-lain lagi.
Di antara penyebab mengapa perempuan sukar mengandung ialah karena rahimnya terlalu panas. Sekiranya rahim terlalu panas, makanlah makanan yang sejuk dan elakkan daripada makanan berempah, dipanggang dan digoreng. Amalkan makanan yang sejuk seperti pisang, tembikai, kacang soya, paria, oren, labu, tebu, bunga matahari dan tomato. Jika rahim sejuk, amalkan makanan yang merangsangkan seperti daging kambing, lembu, ayam , kurma dan kacang merah.
BERSAMBUNG…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan